qider’s piece of mind
<

semalam,ketika majlis cukur jambul buat si kembar syahira dan syakila (kalo tak silap),aku bekesempatan (terpaksa sebenarnya) mengendong salah seorang daripada mereka.anehnya,setiap kali mereka di pangkuanku,mesti tertidur.sebenarnya sblm kenduri (cukur jambul+khatan+tunang) itu berlangsung lagi,aku sentiasa cuba mengelakkan diri dari mengendong bayi2 tersebut wpun intan dan lain2 sentiasa mencuri kesempatan,berebut untuk memeluk bayi2 itu walhal aku,lebih suka memandang dari jauh.tapi,entah bagaimana aku tetap juga ‘berpeluang menjaga kembar’ tersebut.bukan aku tidak suka kepada bayi,malah aku suka apabila mereka nyenyak di pangkuanku,but i’m tired of hearing remarks while i was holding them,like (which is the most famous) ‘ha,dah ader gaya pon tu,bila lagi nak kenduri kak cik sorang ni?’.tatkala aku memandang si syakila tidur di pangkuanku,bergetar perasaanku memikirkan ‘mampukah aku mendidik anak2ku menjadi seorang yang bukan sahaja berguna buat agama dan bangsa tetapi diredhai Allah dan ibu bapanya?’.

pencarianku,perjalananku dalam mencari redhaNya masih belum berakhir,malah tak mungkin berakhir.2,3 minggu kebelakangan ini,aku dapat merasakan kelapangan fikiran yg lebih bermakna spjg hidupku yg hampir suku abad.merasakan kebergantungan yang hampir sepenuhnya kepadaNya.setiap kali aku mengingatkan,mengajak org lain supaya dekat kepadaNya,setiap kali itulah,aku sentiasa mengistiqamahkan diri spy sentiasa dekat kpdNya.aku bersyukur,aku dididik supaya cintakan ilmu,sentiasa berkongsi ilmu,sentiasa ingin berdamping dgn ilmuan,dan sesungguhnya dgn ilmulah yg sentiasa membawa dan menarik aku kembali ke jalanNya,tiap kali aku tersasar ke jalan lain,jalan yang tidak Dia redhai.

aku juga bersyukur,Dia menyediakan persekitaran yang sentiasa mengajak aku ke arah yg Dia lebih redhai.sentiasa ‘memilih’ dan ‘meletakkan’ aku di kalangan manusia yang dpt mengingatkan aku kpdNya,tiap kali aku terleka.hati ini hitam dgn dosa,Dia sentiasa mengingatkan dan menolongku spy ‘membersihkan’ hati ini sblm terlambat.dulu,aku terlalu dambakan cinta manusia sehingga aku hampir memusnahkan hati sendiri,sekarang aku lebih yakin dgn kasih sygNya.dulu,aku lebih mencari redha manusia,sekarang aku lebih ‘kuat’ kerana aku lebih mempercayai redhaNya.setiap kali aku mempersoalkan sesuatu dan mencari kebenaran,Dia sentiasa memudahkan ‘perjalanku’ dan memberi jawapan,sekaligus meyakinkan aku dgn jawapan tersebut.aku harap semoga dugaan dan fizikal yang sentiasa tidak sihat ini adalah kifarah kpd dosa2ku.sesungguhnya,pencarianku terhadap redhaNya masih belum berakhir..

p(^_^)q
gambaru!

December 16th, 2007 at 10:16 pm